Mug. mugging. mugged. [Yok bual pasar]

|
Masa berlalu pantas.. hmm.. rasanya baru hari tu aku memulakan Sem 2. Tuk, tuk je bulan Ogos nanti dah mula mid-year exam. Sekarang je dah nak akhir bulan Julai. Tugasan Uni aku kali ni lagi susah nampaknya...

« Kali ni Sains Hadith ngan Qur'an kena hafazan. Dua-dua jadi tugasan. Belum mula dengan Hadith, dah mula dengan Qur'an.

« Kuiz/Ujian Sains hadith minggu lalu, aduhai, cheem! Ada yang mudah, ada juga yang tricky. 'Ala kulli haal, aku tawakkal 'alallaah. Cuma dah lama tak berperasaan susah nak jawab semasa kuiz. Minggu tu pula, memang kerja aku macam sarang tebuan. Langsung tiada masa untuk ulangkaji sebab masa balik aku dipenuhi dengan tugasan kerjaaaaaaa. Aku cuma baca lepas Subuh pada hari kuiz yang hendak diambil. Lebihan lagi, muka surat yang perlu aku baca, banyak pulak tu... lagipun, maddah ni memang banyak terms yang perlu ingat. Walaupun dah pernah touch masa zaman sekolah dulu-dulu, yang ni lagi in depth ah... Aku tak konfiden dapat markah bagus untuk kuiz ni!

« Hal kaji-mengkaji ni pula... aduh... kaji tu untuk buat tugasan biasa tu memang boleh diatur. Tapi kalau dah ikut method-method ni seme... Hampeh! Cuma pensyarah dia ada skit kereta api lah. Walaupun dia nak kita discover processes sambil buat kajian, readings untuk faham definisi tu je aku dah pening. Baru selesai buat literature review.

« Adik sedara aku tu tengah struggle nak jadi future engineer. Hari tu, aku sempat bantu dia dengan projek Material Technology. Hidup biar susah dahulu, belajar mendaki dengan keringat sendiri, nanti satu hari akan ke puncak juga. Macam aku, belum sepenuhnya ke puncak yang aku sangat impikan. Maju terus, hingga berjaya, yea!

« Jam menandakan tarikh yang baru. Masa untuk membuat soalan peperiksaan akhir tahun. Buat kerja mesti ada air. Malam-malam gini aku suka buat air panas, macam waktu kat kampus dulu masa belajar. Tiap malam air panas. Sebab bilik aku sejuk. Aku memang minah teh tanpa milk. Sejak dari kecil lagi. Tak berubah-ubah, huhuh. Kopi ke Nescafe ke, bagi aku kurang tendang.

« Kawan-kawan aku yang tengah backpack tu, semoga selamat pulang ke tanah air, iye?
Salam rindu...

0 comments: