Apresiasi Bahasa dan Akoo

|
Memandangkan ku tidak mahu blog peraduan yang ku sertai dibiarkan berabuk, aku akan menggunakan lelaman itu sebagai wahana pandanganku tentang sastera, bahasa dan budaya kaum Melayu. Aku bercadang untuk meletakkan alamat lelaman itu sebagai sebahagian dari senarai jalin maya.

Mungkin juga aku akan meletakkan tugasan-tugasanku di sini sebagai perkongsian...

Alhamdulillah, lelaman 5 Jauhariku dapat dilestarikan. Akan kujadikan pengalaman ini sebagai medan perjuanganku hingga titisan darah terakhir (hehe). Moga-moga dengan usaha ini, anak didikku dapat mengembangkan potensi mereka dan memperbaiki mutu kerja dalam kehidupan seharian.

Penggal 3 akan berakhir tidak lama lagi. Aku harap prestasi kerjaku juga dapat meningkat, insyaAllah... Semoga Allah membantuku dalam mehnah yang tidak pernah mudah...

0 comments: