Bukan kerana tiada pilihan

|
Mitsaqan Ghalizan bersaksi Tuhan
Ikatan kukuh jadikan tauladan
Moga daulah Islamiah dijadikan pegangan
Menuju mahligai bertunjangkan Iman

Si fulanah tidak pasti di minda dan hati
Seolah-olah hadirnya di situ satu elusi
Wajah-wajah yang pernah mengisi diri dahulu
Ada yang masih kekal sama. Yang lain, ada yang berubah.

Si fulanah bingkas dari tempat duduknya.
Meminta izin untuk kembali.
Salaman itu miftah ke kunci hati
Kerana salaman itu daripada si ummi

Dua perkataan membuatnya terpaku dan tabah.
Dibisik oleh bibir yang hanya si fulanah dengar.
Diiringi dengan ucapan silaturrahim.
Ikatan. Kerana ikatan. Diucap berulang kali.
Si fulanah terkedu. Tiada lafaz dari bibir.
Hanya bisa menjadi saksi sebak yang cuba dihijab oleh si ummi.
Hanya kaca-kaca bersinar di mata si ummi menjadi bukti.
Lalu Si fulanah pula menyusul, membasahi pipi.

Si ummi berkata lagi,
Moga-moga berjumpa dengan yang baik.
Tidak pun yang lebih baik.

Si fulanah semakin sebak. Aameen iringi du'anya dalam diam.
Maafkan si fulanah, ya ummi.
Jika pernah mengguris hati ummi
Kerana Allah lebih tahu.
Yang ummi rasa baik bagi si fulanah, mungkin tidak baik untuk kami di kemudian hari.
Dan si fulanah pasti akan janji-janji yang Maha Esa, demi kebaikan walad ummi.

Bukan kerana tiada pilihan.
Jelas bukan jalan yang mudah.
Tetapi kerana Allah yang bimbing si fulanah memilihkan.
Dan moga pilihan si fulanah yang kini tetap jelas keranaNya.

Terima kasih ummi kerana du'amu.
Ku du'akan ummi sekeluarga bahagia selalu.
Entah bila Allah ketemukan kita.
Mungkin bila masa fulanah pula tiba...

x x x

To a sadeeq and his zaujah, Selamat Pengantin Baru...

0 comments: