Bintang di dada langit

|
bukankah bintang itu berkelip setiap malam
hiasi dada langit agar tidak kelam
hanya bintang satu itu lihatnya kusam

bukankah semua bisa bergandingan
cuba fahamkan renungkan sejenak
atau yang satu hanya akan muram
tanpa sinar bintang yang gilang-gemilang
sedang bintang penunjuk arah yang sesat jalan

bintang oh bintang
bercahayalah engkau
malam ini dan malam lainnya
walau bintang yang lain enggan bercahaya
walau bintangmu seorang sahaja
kau tetap bintang kejora

0 comments: