Masih terngiang-ngiang akan topik yang sama

|
Ku mulakan dengan Bismillah sebagai pembuka bicara...

Soalnya, antara keempat-empat liberalisme, mana satu yang paling berbahaya? Pada pendapatku, liberalisme sosial.

Kenapa tidak shahsiah, siasah atau budaya?

Mungkin pandangan saya berasaskan beberapa peristiwa sejarah dan juga etika sebagai seorang Muslim. Cuba kita renungkan, Rasulullah sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
إنما بعثت لاتمم مكارم الاخلاق
Oleh yang demikian, hal ini merupakan yang paling asas yang perlu ada dalam atma setiap masyarakat Islam. Pastinya, perkara ini juga berkaitan dengan hati manusia. Kenapa? Jika kita lihat dalam sebuah hadith, diperbincangkan dengan mendalam tentang hal ehwal niat itu diperbetulkan sebelum melakukan sesuatu. Niat kita itu akan menjadi pemangkin kepada sesuatu perbuatan. Etika sosial pula amat berkait rapat dengan hal ehwal sikap dan sifat seseorang terhadap sesuatu perkara.
Justeru, jika seorang liberal sosial tidak menginginkan kehidupan sehariannya dibelenggu oleh garisan yang dianggap menyekat kebebasan kerana inginkan kebebasan individu, bukankah itu melanggar etika agama kita? Sewaktu aku di kuliah dahulu pun, membincangkan tentang isu-isu yang berligar di sekitar teks-teks sastera tentang kebebasan. Sememangnya, tiada kebebasan mutlak, jelas pensyarahku. Dan aku percaya liberalisme yang lain itu juga adalah berasaskan dari etika yang awal. Ethics remember... etiquettes. Baik politik, ekonomi dan budaya semuanya ada adab dan akhlaknya. Dan sosial amat dekat dengan adab dan akhlak seseorang.
Kalau liberalisme sosial paling bahaya, bagaimana dengan pendidikan? Tidakkah tergolong dalam bahagian sosial juga?
Jawabku kepada pensyarahku, benar. Siapa kata pendidikan itu salah? Aku jelaskan kepadanya bahawa Islam memang menggalakkan pendidikan. Dan semestinya kita tahu mana yang dibenarkan oleh syar'iah dan mana yang tidak. Jadi, perlulah pilih sosial yang segaris dengan landasan yang ada, bukan hal kemasyarakatan yang membawa kepada social decadence.
Apa jua, semuanya terletak kepada values seseorang itu. Sedangkan dalam bidang pendidikan sendiri, apa yang ingin diterapkan dalam para pelajar ialah peri pentingnya unsur-unsur positif ini wujud dalam jiwa mereka. Dan aku selalu ingatkan mereka, tiada gunanya bijak atau pandai, tetapi akhlak tiada. (peringatan kepada diriku juga)
In the first place, how do you define liberalism? All of us have our own connotation and liberal thoughts. Yet, is it total?
Kebebasan ada hadnya. Lihat sahaja strata sosial masa kini. Biarlah mereka fikir tentang hak asasi yang tiada batas. Sendiri perlu ingat, selagi kita hidup sebagai seorang Muslim, kita masih ada dua permata utama yang menjadi landasan.. القرآن والسنة
Kalau kita fikir bahawa bebas itu mutlak, mengapa perlu lagi berlandaskan kedua-duanya sebagai penunjuk jalan? Sedangkan kita diperintahkan oleh Allah dan Rasul untuk berpandukan kepada القرآن والسنة.
Islam acknowledges liberalism, yet there is no total freedom. If you want to act liberal, ensure that it aligns with syari'ah, Usul Fiqh and the Tauhidic fundamentals. As for me, I am the guided liberal.
What has been typed here is to the best of my understanding and knowledge. Allah knows best.

0 comments: