Ya Allah, adakah diri ini bersalah kerana sikap yang ada dalam diri?
Tiang yang telah utuh dan bertahan tiba-tiba runtuh kerana taufan yang tidak dapat dielakkan lagi.Masih lagi membina tiang-tiang baru untuk terus bertahan. Aku bersyukur kerana ada lagi yang ingin membantu tiang ini berdiri teguh dan mencari kekuatannya semula. Astaghfirullah. Mungkin itulah dugaanMu untuk menguji keImanan hambaMu.
Hidup. Memang tidak pernah memisahkan kita dengan pelbagai persoalan tentang gelagat manusia. Sedang diri aku sendiri masih tertanya dengan beberapa persoalan yang mungkin belum terjawab. Mungkin masa dapat memberikan jawapannya.
Aku pernah rebah. Rebah oleh keduniaan yang tiada nilai. Dan sebak dengan kerebahan dan kelalaian diriku sendiri. Manusia boleh berkata... takdir Tuhan. Apa yang terjadi adalah di atas kekuasaanNya. Benar, tak ku sangkal pendapat itu. Pernah tidak terfikir? Aqal yang diberi layak untuk digunakan sebaik-baiknya dan di situlah jalan kita memilih syurga atau neraka. Sedang diri masih dihimpit oleh silam, sambil bergelut dengan amalan yang inginkan keredhaanNya. Pentingnya ikhlas dan tekad yang kuat. Memang menyendiri ketika mencari satu masa dulu. Bukan sekadar jasad menyendiri seumur hidup ini. Jiwa juga sepi. Menjejak Illahi yang sentiasa di sini buat peneman abadi. Ya. Tekad yang kuat, tekad yang bulat. Mudah? Pastinya tidak. Tersungkur, Terbaring, Sakit, Perit...
Rasa diri yang dulu sesudah sedar membuat ku terpaksa berlari. Hingga tertanya diri mengapa berlari. Ya, mungkin mengejar segala yang ku zalimi, ku khianati, ku tinggalkan. Namun demikian, diri tidak kesali atas perjalanan yang diingini walau balasan duniawi mungkin menjadi saksi. Kerana selagi ku pasti Dia berada di sisi, ku tekad atas denyutan nadi ini yang akan senantiasa cuba untuk berdegup keranaNya. Dan tak ingin lagi ku berpaling dariNya. Kerana ku ingin terus nikmati kemanisan Iman, kemanisan Islam.
x x x
Ya Allah, hindarilah hamba-hambaMu yang mengalami kekeliruan. Jika Engkau yang mereka cari, maka pimpinlah mereka ke jalanMu. Kerana Engkau tahu isi hati hamba-hambaMu.
walking down memory lane.
-
I remembered my grandparents waking up very early just to perform their
Subuh every morning. they will walk together to the mosque and enjoyed
every minu...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment