Tak silap, ustaz ada kata...
Kalau nak berda'wah dengan masyarakat nanti, jangan lupa induk yang penting untuk kita sampaikan da'wah, iaitu dalam keluarga sendiri. Jangan sibuk dengan kebajikan untuk maslahah masyarakat sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya disalurkan kepada ahli keluarga juga. Contohnya, ada suami yang sibuk dengan kebajikan masyarakat di luar hingga tidak mengendahkan hal kebajikan isteri dan anak-anak. (Hanya sebagai contoh). Jangan biarkan mereka tersingkir hingga merana dan menjadikan hidup berkeluarga tidak bahagia. Kita sibuk nak betulkan orang lain, sedangkan orang yang terdekat kita biarkan. Tanggungjawab yang aulaa masih penting.
Ada benarnya.
Inilah juga pesanan abah. Aku faham maksudnya yang pernah dilafazkan satu ketika dulu. Pengalaman orang lain menjadikan kita lebih matang supaya tidak berulang lagi dalam keluarga.
Aku harap bila ada keluarga sendiri nanti, tanggungjawab setiap ahli dapat dilaksanakan dengan baik.
Terima kasih abah atas nasihatmu. Uhibbuka ya abi.
walking down memory lane.
-
I remembered my grandparents waking up very early just to perform their
Subuh every morning. they will walk together to the mosque and enjoyed
every minu...
11 years ago
1 comments:
Nach meiner Meinung lassen Sie den Fehler zu. Ich kann die Position verteidigen. Schreiben Sie mir in PM. viagra preis cialis [url=http//t7-isis.org]cialis billig bestellen[/url]
Post a Comment