Ada kawan, modal buat skim cepat kahwin...
Ada kawan pula, beri tips kalau jadi bestman/woman kahwin...
Ada kawan pula, beri tips kalau jadi bestman/woman kahwin...
Bagus, bagus...
How about me? Hmmm....
How about me? Hmmm....
Paluan mahligai...
Menulis puisi di sudut halaman
Ditulis dengan nila dan tinta
Tersimpul sudah satu ikatan
Disaksikan Allah yang Maha Esa
Raja Hafiz menerima aqad
Setelah sekian lama menunggu
Ucapan qabul penuh tekad
Tanda mulanya hidup yang baru
Permaisuri Fifah bergelar isteri
Lega rasanya tertunduk malu
Senyum terukir berseri-seri
Dua jiwa pun menjadi satu
Kan kudoakan mahligai berdua
Sentiasa dibajai iman dan taqwa
Biarpun hidup dimamah usia
Bahagia hendaknya hingga ke syurga
Bahagia hendaknya hingga ke syurga
Oh yea, modal saya hanyalah puisi buatan sendiri. Pedang pena sahajalah menjadi senjata saya. Untuk kedua mempelai yang dekat di hati saya, Alhamdulillah.... akhirnya!
Untuk adik yang kusayangi, terima kasih kerana memberikan kepercayaan menghiasi jari-jemarimu...
0 comments:
Post a Comment