Impian...

|
"Setiap impian yang kita miliki akan terus menjadi impian jika tidak diiringi dengan usaha dan semangat yang kental."

Manusia memang banyak impian mereka. Terpulanglah kepada individu untuk merealisasikan impian itu. Impian yang utama pada diri kamu, tidak semestinya keutamaan pada individu yang lain.

Kalau dipahat di awang-awangan sahaja tanpa usaha dan cara, kamu akan tetap membina istana impian sahaja. Kadangkala, impian itu sama dengan rakan sebaya, tetapi destinasinya berbeza.

Kadangkala, penglihatan kita kabur memilih. Akibat menurut fikrah kawan, kita tidak jelas dengan apa yang kita inginkan. Sedangkan menjadi seperti kerbau dicucuk hidung sahaja tidak sesuai dengan cara hidup kita.

Cuba menjadi seseorang yang berpendirian teguh apabila membuat keputusan hidup. Sisipkan 'ibadah yang bermanfaat untuk memutuskan jalan yang ingini.

Kita perlu mengorak langkah yang utuh untuk capai impian itu. Bila sudah usaha, pupuk semangat yang kental kerana mungkin jambatan menujunya amat sulit. Jalan itu pula perlulah sentiasa dengan bimbingan yang Esa agar tidak sesat ditelan masa.

Bak skrip dari 'Cik Siti Intan Kembang':

Tanpa keberanian, mimpi tidak menjadi nyata

Apa lagi? Beranikan diri kamu walaupun perit dijengah mehnah.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Hamba yang kerdil,
Widz
Kawasan Timur, Singapura

0 comments: