Promo Majalah AlwanComics!!!

|

Alhamdulillaah, akhirnya AlwanComics Versi #001 sudah pun siap dalam bentuk majalah!

Bukan naskhah majalah komik biasa, tetapi lebih kepada 'Komik Dakwah Serasi Ummah' katakan...

Sedikit cerita, AlwanComics adalah sebuah lelaman komik alam maya yang dikongsi oleh pelukis-pelukis yang berminat dengan komik dakwah. Ada yang baru bertapak, ada yang sudah boleh jadi sifu, ada yang sekadar minat sahaja. Para ahli forum ini adalah rakan-rakan pelukis saya di alam maya. Ukhwah dipatri sejak tahun 2004 melalui perkongsian karya. Banyak yang saya pelajari daripada mereka.

Bukan majalah tempatan kita, tetapi majalah alam maya dari jiran seberang tambak. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mewar-warkan majalah yang padat dengan komik berisi mesej-mesej dakwah yang boleh kita jadikan pedoman dengan cara yang santai.

So, kalau ada yang berminat untuk memiliki majalah ini, boleh tag saya, msn saya atau hubungi saya secara peribadi. Saya akan bantu buatkan tempahan untuk awak-awak semua, insyaAllaah!

Nota kaki:

Gambar di atas hanya Alwan mini. Kalau mahu lihat muka depan majalah yang dijual, harganya RM3.50 di Alwancomics.com.

0 comments: