Ni'mat

|
Pernahkah kita terasa bahawa ada masanya, ni'mat datang bergolek tanpa diduga? Apakah perasaan kita pabila saat itu datang? Apakah yang akan kita lakukan?

Ni'mat itu tidak semestinya berupa kebendaan. Tidak kira sama ada perkara yang berlaku itu dapat dipegang atau dilihat, tetapi adakalanya hanya dapat dirasai dengan hati kita. Pada masa yang lain pula, ni'mat yang kita rasai, berlakunya bukan kerana kebetulan, tetapi ketentuan olehNya.

Sebagai seorang hamba, kita telah diberi ni'mat yang paling indah iaitu Iman dan Islam. Jika kita cuba untuk layari hidup dengan pegangan yang kita ada, ni'mat yang kita perolehi akan menjadikan kita orang yang lebih bersyukur. Harap-harap kesyukuran yang kita panjatkan membantu kita menjadi manusia yang lebih insaf. Kadangkala terfikir mengapa masih lagi dilimpahkan dengan ni'mat yang banyak sedangkan diri masih lagi kita anggap kerdil dan lemah. Bukankah yang memberi kita rezeki itu yang Maha Pemurah? Selagi nyawa belum di hujung, kita masih ada peluang untuk sedar dan mensyukuri ni'mat yang ada.

Ni'mat yang datang itu indah bila sesuatu yang terjadi sebenarnya disusun indah sebagai ketentuan dariNya. Yang penting, cubalah latih diri kita untuk membuat sesuatu keranaNya walaupun perkara yang kita lakukan itu memerlukan pengorbanan yang mengundang cubaan zahir dan batin.

Salah satu ni'mat yang patut kita syukuri ialah ni'mat dapat berkumpul dengan orang-orang yang kita sayangi. Hargailah mereka kerana ni'mat seperti wujudnya institusi kekeluargaan adalah salah satu ni'matNya kepada manusia dengan curahnya kasih sayang sesama insan... ;)

Sumber gambar: 'Eidul Adha 2006

0 comments: