Apa khabar alam maya?
Sejak kebelakangan ni, saya memang bukan diri saya yang selalu. Sama ada saya dalam keadaan separuh sedar (subconsciouss), saya pun kurang pasti. Jangan tanya kenapa. Tak tahu pulak akarnya. Amanah-amanah semakin menggunung tinggi. Ada juga perkara-perkara yang kurang penting yang saya letak di belakang dan maju ke hadapan. Tapi nampaknya, kesan sampingan dia menjadi-jadi hingga macam-macam insiden yang berlaku pada diri yang buktikan saya bukan dalam keadaan biasa. Agak lain macam atau ganjil. Dan saya amat minta maaf kepada mereka yang sms tidak saya balas, mahupun email yang tadi saya tengok dah 115 angkanya. It is sooo not me.
Contoh? Dalam perjalanan ke SC minggu lalu, singgah Masjid Sultan untuk Maghrib. Tapi, saya ibarat pelancong yang mencari-cari arah – berhenti, menoleh, tidak dapat apa yang dicari. Sedangkan, jalan ke sana sudah menjadi kebiasaan. Astaghfirullah. Adalah lain-lain insiden yang segelintir sahaja tahu dan lihat dengan mata mereka kelakuan ganjil saya ni.
Hal lagi satu, adakah lulusan dip ni teruk sangat? Saya fikir tidak. Hanya sebab semakin ramai yang ajar BM ni hanya ada dip sahaja, seolah macam ada isu. Ada jugak sentuh tentang golongan minoriti tetapi peratus tertinggi dalam gejala sosial. Sebab pendidikan moral penting untuk didik budak-budak ni dari rebung lagi. You get the drift and the link of this two?
Cuma saya prihatin. Yang ada lulusan pakai topi pun tak dapat pilih nak ajar peringkat menengah atau rendah. Yang ajar rendah hanya yang ada dip. Bab tu lah ada teman-teman yang tak nak sambung jadi lulusan pakai topi sebab 99% ajar menengah. Satu hambatan.. bagi saya… Yang nasib je dapat rendah. Yang hanya lulus pakai dress tanpa topi pulak kena pertingkatkan diri.. tu memang saya tak sangkal.
Cuma ada betulnya kata dia, bila kita jadi guru, kita jadi 24 jam guru. Di luar pun orang lain pandang. Jadi, di luar dan di dalam mesti dijaga. Kita dalam bidang pendidikan. Lebihan lagi kalau kita orang Islam.
Teringat pulak kata lecturer UIA saya minggu lalu...
”Ones who enter Jannah are the Mu’mins.. not the Muslims”
Darahku berderau sekejap mendengar kenyataan dia.
Let us ponder on this…
I need the motivation to go on.
As another amanah is being put on shoulder
By others' faith on me
To realise my faith.. to Allah
0 comments:
Post a Comment