Pernahkah kamu terfikir, apabila kamu rasa ingin juga dihargai, daripada orang-orang yang terdekat, mereka yang tidak kamu sangka yang sebenarnya melakukan hal demikian?
Ada manusia yang menghargai dengan kata-kata. Ada pula melalui gerak-geri mereka. Bagaimana pula orang yang kamu harapkan tidak melakukan kedua-dua hal tersebut?
Adakah kamu akan berasa hampa? Kecewa? Atau pun menerima seadanya kerana orang yang dekat dengan kamu mungkin terlupa? Terlalu sibuk dengan hal ehwal lain hingga apa yang penting bagi dirimu kurang penting bagi mereka? Jika ini yang berlaku, mampukah kamu memaafkan mereka? Atau terus memendam rasa?
Lumrah manusia, pastinya ingin dihargai. Harapan tidak selalunya tercapai. Orang-orang yang terdekat selalunya menjadi sumber inspirasi dan sayap yang penting. Bila tiada kata-kata penghargaan dan terima kasih daripada mereka, kita mesti belajar memaafkan. Memaafkan memang sukar kalau tiada keikhlasan. Namun kita mesti cuba dan terus cuba.
Kerana pergantungan dan harapan kita hanya pada Dia.
Bila hati sedih rintihlah padaNya.
Supaya hati tenang dan lega semula.
Agar kita dapat bangun dan hidup kembali.
X X X
Kepada semua pendidik ku ucapkan Selamat Hari Guru.
Penat lelah kita hanya kita di arena yang mengerti.
Teruslah berjuang ...
Walaupun ada hari-hari yang kita rasa tidak dihargai, tiada yang berterima kasih.
Atau sesiapa yang mungkin tidak ingat langsung tentang hari istimewa ini.
Teruskan usahamu dengan penuh dedikasi...
Terima kasih kepada mereka yang memberikan ucap selamat kepadaku pada hari ini.
Thanks for remembering.
Teachers' Day Update #2 soon...
walking down memory lane.
-
I remembered my grandparents waking up very early just to perform their
Subuh every morning. they will walk together to the mosque and enjoyed
every minu...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment