Saturday Summit

|
Kekuatan bukan terletak pada tubuh yang sasa. Kekuatan bukan juga terletak pada tajamnya sindiran kata. Kekuatan terletak pada manisnya bicara berhikmah, juga pada kesabaran yang dipilih dalam kemarahan.

Kesabaran perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Setiap hari, kita dibelenggu dengan pelbagai masalah. Kita sering mengata dan mengherdik rakan-rakan kerana hilang pertimbangan. Mungkin terlupa bahawa kita, insan kerdil, mesti bijak mengimbangi diri dan menilai buruk dan baik perbuatan kita.

Kesabaran ibarat mendaki bukit atau gunung. Beratnya timbangan beg yang kita bawa umpama timbunan masalah yang dipikul. Adakah beg itu dibuang ke tepi? Atau kita keluarkan isi di dalam beg itu kerana benda-benda itu adalah keperluan kita juga? Kalau mahukan beg ringan, keluarkan makanan yang perlu, jadi ringankan? Begitu juga dengan masalah, kita keluarkan satu persatu dan cuba leraikan supaya menjadi ringan.

Masalah akan tetap datang. Sama seperti beg kita tadi. Kalau kita perlu mandi, baju yang basah akan menyebabkan beg kita berat semula. Dengan beg yang berat itu jugalah kita perlu teruskan perjalanan menuju destinasi impian. Jangan lupa senyum :)

Cuma hari Sabtu lalu, masalahku tidak seberat mana. Hanya mengajak teman-teman yang ingin sama berjuang walaupun destinasinya berbeza. Harap-harap destinasi impianku menjadi. Kepada J, jadikan penghijrahan baru ini satu batu loncatan ke arah kejayaan. Semoga berjaya dalam kerjaya baru.


Selamat maju jaya, J!

"The secret of happiness is to see all the marvels of the world, and never to forget the drops of oil on the spoon." - Paulo Coelho

0 comments: