Teringin untuk aku ungkapkan fikrahku melalui bait-bait kata yang indah; membina frasa-frasa yang mampu meninggalkan mesej kepada mereka yang ikhlas membacanya. Besar hatiku pula melihat mereka yang lebih mantap mengatur watak-watak melalui bakat melukis untuk tatapan mereka yang meminati seni grafik, kerana objektif da'wah serasi ummah. Ada pula yang dianugerahkan kedua-dua bakat dan digarap dengan sifat istiqamah untuk sentiasa membina jiwa dan diri agar segala mesej yang ingin disampaikan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penerima.
Sedangkan diri seorang insan yang masih kerdil ini belum tentu mampu untuk beristiqamah dengan anugerah-anugerah yang ada. Semangat yang kuat sahaja tidak cukup. Kaki perlu menapak.Langkah perlu diorak. Bak kata orang 'pelan-pelan kayuh eh'. Ya, memang, insan ini memang boleh berkayuh. Cuma, belum tentu hilir mudiknya. Harap-harap berbaloi.
Usaha mesti ada. Ikhtiar tak lupa. Moga-moga perjuangan ini, jika dihadapkan kepada yang di Atas, dipermudahkan perjalanan. Bersama mereka yang berada di medan ini memetikkan semangat insan untuk terus mencuba. Aameen ya Rabb.
walking down memory lane.
-
I remembered my grandparents waking up very early just to perform their
Subuh every morning. they will walk together to the mosque and enjoyed
every minu...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment