Garap ilmu yang sudah ada

|
Pernah tidak kamu berasa semakin dalam ilmu yang dicari, semakin cetek dan kurang ilmu pengetahuan yang kita ada selama ini? Pernahkah berasa bosan apabila ilmu yang sudah diketahui diulang sekali lagi?

Dalam hidup, ada ilmu yang sudah kita tahu dan mungkin telinga kita selalu diingatkan dengan perkara-perkara yang sudah lali. Namun demikian, sedarlah bahawa itu semua merupakan peringatan kepada diri kita kerana manusia mudah lupa.

Ada ilmu pula yang sudah lama kita belajar tetapi kerana jarang digunakan, jadi berkarat. Apakah kesimpulannya? Gilapkan semula ilmu yang sudah berkarat itu. Jangan ingat kita pernah belajar dengan elok suatu masa dulu, akan elok pada masa kini. Terpulang kepada empunya diri yang menggunakan ilmu itu.

Niat amat penting apabila kita menimba ilmu. Elakkan dari menunjuk-nunjuk. Kalau kita disuruh belajar semula ilmu-ilmu yang sudah berkarat itu, jangan merungut. Jadikan itu suatu proses untuk memantapkan semula tugu yang pernah berdiri kukuh satu masa dulu. InsyaAllah, pulih semula ilmu yang berkarat menjadi kilat bercahaya.

Amacam?

0 comments: