Ya-ya's sistahood yummiegood...

|

Photobucket - Video and Image Hosting

What makes a good sister in Islam such a yummy and rewarding feeling? Those whom attain that level of sisterhood would feel the warmth and comfort. Just beyond words. Difficulties of seeing each other made the hearts grow fonder. Ties of faith, binded together under the same kalimah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Surprises, surprise. Are we able to take the heat when changes happen and don't stay the way we want them to be? Are we being too relaxed in our comfort zone that we might not be able to adapt to changes? It looks almost perfect to me. The moments, the times shared. Yes, it means a lot. But like it or not, we'll go through a different phase, sooner or later. You, I or they will go. And when that day comes, we'll leave with respect and love for each other.

Thank you my dear sisters. We have planted seeds of knowledge in this journey. The seeds of sisterhood have grown to six beautiful flowers, insyaAllah. The flower pots in the same garden might be replaced with other plants. Hopefully, we'll still stay beautiful with other nourishments that'll improve the outlook of the current flowers now.


Photobucket - Video and Image Hosting

:: The only constant thing is change.
Paradigm shift is bound to happen. ::

Garap ilmu yang sudah ada

|
Pernah tidak kamu berasa semakin dalam ilmu yang dicari, semakin cetek dan kurang ilmu pengetahuan yang kita ada selama ini? Pernahkah berasa bosan apabila ilmu yang sudah diketahui diulang sekali lagi?

Dalam hidup, ada ilmu yang sudah kita tahu dan mungkin telinga kita selalu diingatkan dengan perkara-perkara yang sudah lali. Namun demikian, sedarlah bahawa itu semua merupakan peringatan kepada diri kita kerana manusia mudah lupa.

Ada ilmu pula yang sudah lama kita belajar tetapi kerana jarang digunakan, jadi berkarat. Apakah kesimpulannya? Gilapkan semula ilmu yang sudah berkarat itu. Jangan ingat kita pernah belajar dengan elok suatu masa dulu, akan elok pada masa kini. Terpulang kepada empunya diri yang menggunakan ilmu itu.

Niat amat penting apabila kita menimba ilmu. Elakkan dari menunjuk-nunjuk. Kalau kita disuruh belajar semula ilmu-ilmu yang sudah berkarat itu, jangan merungut. Jadikan itu suatu proses untuk memantapkan semula tugu yang pernah berdiri kukuh satu masa dulu. InsyaAllah, pulih semula ilmu yang berkarat menjadi kilat bercahaya.

Amacam?

Daarut Tahfiz?

|

Bayangkan kalau bayi-bayi yang baru lahir ini didendangkan dengan surah-surah setiap hari di wad-wad hospital. Mungkin dapat hasilkan genius-genius Haafidz dan Haafidzah yang ulung? Hehe...

Amacam?

Promo Majalah AlwanComics!!!

|

Alhamdulillaah, akhirnya AlwanComics Versi #001 sudah pun siap dalam bentuk majalah!

Bukan naskhah majalah komik biasa, tetapi lebih kepada 'Komik Dakwah Serasi Ummah' katakan...

Sedikit cerita, AlwanComics adalah sebuah lelaman komik alam maya yang dikongsi oleh pelukis-pelukis yang berminat dengan komik dakwah. Ada yang baru bertapak, ada yang sudah boleh jadi sifu, ada yang sekadar minat sahaja. Para ahli forum ini adalah rakan-rakan pelukis saya di alam maya. Ukhwah dipatri sejak tahun 2004 melalui perkongsian karya. Banyak yang saya pelajari daripada mereka.

Bukan majalah tempatan kita, tetapi majalah alam maya dari jiran seberang tambak. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mewar-warkan majalah yang padat dengan komik berisi mesej-mesej dakwah yang boleh kita jadikan pedoman dengan cara yang santai.

So, kalau ada yang berminat untuk memiliki majalah ini, boleh tag saya, msn saya atau hubungi saya secara peribadi. Saya akan bantu buatkan tempahan untuk awak-awak semua, insyaAllaah!

Nota kaki:

Gambar di atas hanya Alwan mini. Kalau mahu lihat muka depan majalah yang dijual, harganya RM3.50 di Alwancomics.com.

A sweet gesture

|
The boy who wasn't bright as the others
Lacked the focus he needed
Preferred to talk or call
His peers as he wishes

The boy who can achieve better
As the key should be guidance
Coming to the end of second week
'Cikgu, saya buat ni untuk cikgu' (Teacher, I did this for you)

Ten neatly folded stars
Pretty and colourful
Passed from his hands to mine
A first gift so far this year

With a brink of hope
To shine those stars
That'll be the day
When he has shaped himself
To be a better person

It's nice when you're remembered
When you've tapped somewhere in their hearts
Without realising, that's the beauty
Beauty of shaping hearts
Priceless valuables...

'I like a teacher who gives you something to take home to think about besides homework.'- Lily Tomlin

Dilema Episod 1

|
Tidak tertahan lagi. Kembali setelah sebulan menyepi. Bila diperiksa, tiada yang pasti. Malam ini aku diserang lagi. Nampaknya, masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Aku masih perlu bertahan beberapa hari lagi.

Hari Isnin, tidak boleh ambil cuti. Anak-anak kecil siapa nak ganti? Tak boleh, tak boleh, tak boleh cuti! Kena tunggu beberapa hari lagi. Sementara itu, ubat yang paling mujarab untukku sekarang ialah menelan pil penenang lalu tidur. Untuk beberapa hari ni juga, biar aku bersandar sedikit dengan pil-pil itu.

Saat ini, sakitnya sudah naik ke telinga. Berdesing rasanya. Nampaknya persiapan untuk hari pertama ke kerja perlu dihentikan sekarang.

Terima kasih taulan kerana baca cerita yang tidak seberapa. Tidak tertahan lagi.

Ku undur diri, wassalaam.

Ni'mat

|
Pernahkah kita terasa bahawa ada masanya, ni'mat datang bergolek tanpa diduga? Apakah perasaan kita pabila saat itu datang? Apakah yang akan kita lakukan?

Ni'mat itu tidak semestinya berupa kebendaan. Tidak kira sama ada perkara yang berlaku itu dapat dipegang atau dilihat, tetapi adakalanya hanya dapat dirasai dengan hati kita. Pada masa yang lain pula, ni'mat yang kita rasai, berlakunya bukan kerana kebetulan, tetapi ketentuan olehNya.

Sebagai seorang hamba, kita telah diberi ni'mat yang paling indah iaitu Iman dan Islam. Jika kita cuba untuk layari hidup dengan pegangan yang kita ada, ni'mat yang kita perolehi akan menjadikan kita orang yang lebih bersyukur. Harap-harap kesyukuran yang kita panjatkan membantu kita menjadi manusia yang lebih insaf. Kadangkala terfikir mengapa masih lagi dilimpahkan dengan ni'mat yang banyak sedangkan diri masih lagi kita anggap kerdil dan lemah. Bukankah yang memberi kita rezeki itu yang Maha Pemurah? Selagi nyawa belum di hujung, kita masih ada peluang untuk sedar dan mensyukuri ni'mat yang ada.

Ni'mat yang datang itu indah bila sesuatu yang terjadi sebenarnya disusun indah sebagai ketentuan dariNya. Yang penting, cubalah latih diri kita untuk membuat sesuatu keranaNya walaupun perkara yang kita lakukan itu memerlukan pengorbanan yang mengundang cubaan zahir dan batin.

Salah satu ni'mat yang patut kita syukuri ialah ni'mat dapat berkumpul dengan orang-orang yang kita sayangi. Hargailah mereka kerana ni'mat seperti wujudnya institusi kekeluargaan adalah salah satu ni'matNya kepada manusia dengan curahnya kasih sayang sesama insan... ;)

Sumber gambar: 'Eidul Adha 2006