Eulogi - Kau yang istimewa

|
Buat arwah datuk saudaraku...
Mohd Eunos Ibni Halimah Hamid
pada 11 Disember 2005

apakah yang kau rasakan
berpanjangan demikian tiada perasan
hidup berlindung di tepi jendela
di ruang lingkup dari kotoran yang fana

apakah ekspresimu mampu ditafsirkan
hanya rintihan suara tanpa bicara
namun tetap dibelai dengan kasih sayang
walau kau kurang sempurna dari mata yang memandang

berabad lamanya hanya Tuhan yang tahu
keperitan yang kau alami sabar pertahan diri
kurangnya hanya luaran kuatnya tetap di dalam
menemani hari-hari kian usang akar yang kian tumbang

terlepas hitung kerana kau insan beruntung
hanya kami ini tiada pasti hisab menuju hujung
kerana Allah kekasih abadimu setiap hari
sedang kami yang sempurna leka dan lupa diri
walau dirimu kurang sempurna
ku yakin kau sempurna di jiwa
tiada pernah Tuhan mungkiri janjiNya
kamu dinantikan di pintu syurga

hanya satu...
kerana kau...
insan istimewa...

Yang menyayangi,
Anak saudaramu

0 comments: